Google Dan 100 Laman Web Malaysia Digodam Bangla

Google Dan 100 Laman Web Malaysia Digodam Bangla-TU la..korang duk panggil mereka banglasia,tengok apa dah jadi,erkk..tak ada kaitan kot, tapi memang memalukan apabila syarikat gergasi besar ini telah dihack.Hackers dipercayai dari Bangladesh telah menggodam lebih 100 laman web yang mempunyai alamat domain .com.my mengalami gangguan setelah digodam pagi tadi sehingga 2.30 petang yang disasarkan oleh kumpulan penggodam Anonymous.Ia termasuk syarikat terbesar, Google.com.my, Dell, Microsoft, Skype, MSN Malaysia, Bing, Kaspersky.com.my yang terjejas.





Penggodam berjaya menukar antaramuka laman-laman tersebut kepada skrin berwarna hitam atau anda tidak dilencongkan ke alamat antarabangsa.

Namun, kesemuanya kini kembali pulih seperti sediakala. Meluahkan kekecewaan di Twitter dan Facebook, pengguna dari Malaysia melaporkan tidak dapat mengakses masuk ke laman web itu kira-kira tiga jam dari jam 10 pagi hingga 1 petang.

Salah satu laman yang terjejas dan enggan dikenali mengakui mereka mengalami masalah itu pada waktu pagi: “Hari ini, sesetengah pengguna mengalami gangguan sementara ketika mengakses laman ini. Kami meminta maaf atas sebarang masalah yang timbul.”
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments