Pelakon terkenal, Nabila Huda kini telah tampil dengan gaya rambut terbaru, dimana dia telah mewarnakan rambutnya kepada warna yang lebih perang berbanding sebelumnya.
Menerusi laman Instagram milik Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil, pelakon ini telah mula mengubah gaya rambut terbarunya itu sejak 3 Julai lalu.
Gaya rambut terbaru Abil ini bagaimanapun telah mendapat respon positif daripada peminat-peminatnya dan ramai antara mereka memuji kecantikan gaya rambut terbaru pelakon wanita tersebut.
Salah satu babak untuk drama Jodoh Itu Milik Kita
Dalam pada itu, pada hari Isnin lepas, pelakon ini baru sahaja terbang ke Auckland, New Zealand bersama krew produksi drama lakonan terbarunya berjudul Jodol Itu Milik Kita dan menerusi foto- foto yang dikongsikan oleh Abil, pelakon ini dilihat bakal bergandingan dengan dua jejaka hebat iaitu Syazwan Zulkifli dan Zain Saidin.
Sementara Nabila sibuk menjalani penggambaran drama terbarunya di New Zealand, apa kata anda layan dulu beberapa foto terbaru pelakon tersebut selepas ini.
Kredit Ohbulan!
0 comments